fbpx

Liga Fantasi Kosmo!: Toney bakal tamat kemarau jaringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA pemain yang dijangka mampu menyumbangkan mata maksimum untuk saingan minggu ini.

SAINGAN Fantasy Premier League (FPL) kini sudah memasuki minggu ke-14 dan semua pengurus dijangka melakukan beberapa pertukaran berdasarkan keputusan perlawanan yang berlangsung minggu lalu.

Berdasarkan 10 perlawanan bakal berlangsung pada saingan minggu ini, sudah pasti ada beberapa pertemuan yang dilihat mampu menjadi ‘lubuk’ untuk pengurus-pengurus FPL meraih mata maksimum.

Justeru, hari ini Kosmo! seperti biasa berkongsi beberapa tips bagi memberi panduan kepada para pengurus FPL untuk melakukan percaturan terbaik dalam usaha memburu mata yang diidam-idamkan.

KAPTEN
PENYERANG Brentford, Ivan Toney pasti mahu menebus kecewa selepas kemarau jaringan dalam dua perlawanan terakhir termasuk ketika dibelasah Aston Villa 4-0 minggu lalu. Justeru, pertemuan dengan Wolves yang sedang bergelut ketika ini bakal memberi peluang buat Toney ‘meletup’.

PENJAGA GOL
BERDEPAN pasukan tangga tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL), Nottingham Forest hujung minggu ini dilihat mencerahkan peluang penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale untuk memastikan pintu golnya tidak dibolosi. Ditemani benteng pertahanan yang kukuh, pemilihan Ramsdale adalah tepat.

PERTAHANAN
JOAO Cancelo boleh dianggap sebagai pilihan terbaik bagi mengisi benteng pertahanan setiap pasukan FPL atas kemampuannya bukan sahaja ketika bertahan, malah dia turut memiliki kelebihan untuk membantu bahagian serangan menerusi umpanan serta jaringan yang dilakukan.

TENGAH
SEMBILAN bantuan gol yang dilakukan setakat ini meletakkan pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne antara calon paling tepat bagi mengisi posisi tersebut. Visi serta kreativiti yang dimiliki pemain Belgium ini menjadi aset penting buat pengurus FPL.

PENYERANG
PENYERANG Tottenham, Harry Kane adalah pemain yang dilihat mampu mencabar penggempur Manchester City, Erling Haaland apabila sudah menjaringkan 10 gol setakat ini. Seperti Haaland, dia juga sangat konsisten apabila gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan sahaja.

 

EPL
JADUAL PERLAWANAN

SABTU
Leicester lwn Man. City
Siaran langsung Astro 813, 7.30 malam

Bournemouth lwn Tottenham
Siaran langsung Astro 811, 10 malam

Brentford lwn Wolves
Siaran langsung Astro Go, 10 malam

Brighton lwn Chelsea
Siaran langsung Astro 813, 10 malam

C. Palace lwn Southampton
Siaran langsung Astro Go, 10 malam

Newcastle lwn Aston Villa
Siaran langsung Astro 812, 10 malam

AHAD
Fulham lwn Everton
Siaran langsung Astro 811, 12.30 tengah malam

Liverpool lwn Leeds
Siaran langsung Astro 813, 2.45 pagi

Arsenal lwn N. Forest
Siaran langsung Astro 811, 10 malam

ISNIN
Man. United lwn West Ham
Siaran langsung Astro 813, 12.15 tengah malam

 

SENARAI PENJARING

17 GOL
Erling Haaland (Man. City)

10 GOL
Harry Kane (Tottenham)

9 GOL
Aleksandar Mitrovic (Fulham)

8 GOL
Ivan Toney (Brentford)

6 GOL
Miguel Almiron (Newcastle)
Roberto Firmino (Liverpool)
Phil Foden (Man. City)
James Maddison (Leicester)
Leandro Trossard (Brighton)

5 GOL
Gabriel Jesus (Arsenal)
Rodrigo (Leeds)
Wilfried Zaha (C. Palace)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI