fbpx

Stor kediaman rasmi MB Kedah terbakar akibat khianat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stor dalam kawasan kediaman rasmi MB Kedah terbakar sehari sebelum tembok pagar di situ dilempar cat pada 17 Oktober lalu.

ALOR SETAR – Sebuah kabin kontena kosong yang dijadikan stor dalam kawasan kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di sini musnah terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat pada 16 Oktober lalu.

Kejadian itu berlaku sehari sebelum tembok pagar kediaman rasmi tersebut dilempar cat.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 3.49 petang, 18 Oktober lalu.

“Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati kabin kontena yang terletak di belakang kediaman rasmi Menteri Besar musnah akibat kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi, 16 Oktober lalu.

Kata beliau, siasatan awal membawa kepada penemuan beberapa sampel dan bahan bukti dipercayai digunakan untuk menghasilkan letupan.

“Kesemua sampel itu telah dihantar ke makmal bagi analisis lanjut,” ujarnya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan menggunakan bahan letupan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI