fbpx

PRU15 : Gerakan sah guna logo PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dominic Lau (tiga kanan) ketika gimik pelancaran Bilik Gerakan PN di Bayan Baru, hari ini. - Foto IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mengesahkan parti itu akan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) termasuk di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, penggunaan logo PN itu telah dimuktamadkan dan tiada lagi perubahan mengenainya.

“Gerakan akan gunakan logo PN pada pilihan raya dan perkara ini sudah muktamad,” katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran Bilik Gerakan PN Parlimen Bayan Baru, di sini hari ini.

Sebelum ini, Gerakan Pulau Pinang meminta Ahli Jawatankuasa Gerakan Pusat mempertimbangkan cadangan menggunakan logo sendiri untuk bertanding pada PRU15 meskipun di bawah gabungan PN.

Pengerusi Perhubungan Parti Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata, beliau telah meminta jawatankuasa pusat parti itu membuat pertimbangan berbincang dengan Majlis Tertinggi PN mengenai perkara tersebut.

Menurut Dominic, pihaknya mengakui sebelum ini terdapat pengundi yang tidak tahu bahawa parti itu telah keluar daripada Barisan Nasional (BN).

“Namun selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka, kita dapati peratusan pengundi yang mengetahui kita sudah keluar daripada BN telah meningkat. Kita juga maklumkan kepada pengundi veteran bahawa kita sekarang berada di bawah gabungan PN,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, parti Gerakan akan bertanding di 18 kerusi Parlimen bagi seluruh negara dalam PRU15.

“Kerusi yang kita bertanding ini jumlahnya lebih daripada kerusi yang kita tandingi pada PRU14 yang lalu, di mana ketika itu kita tanding sebanyak 13 kerusi Parlimen.

“Kita akan umumkan senarai-senarai calon pada 30 Oktober ini di mana setiap negeri akan umumkan calon negeri masing-masing,” jelasnya.

Dalam pada itu, katanya, parti Gerakan juga akan bertanding di lima kerusi Parlimen iaitu Bukit Bendera, Jelutong, Bayan Baru, Tanjung dan Batu Kawan.

“Kesemua kerusi tersebut menjadi sasaran Gerakan, malah yakin boleh memberi persaingan hebat kepada parti lain. Saya juga berhasrat untuk bertanding di Pulau Pinang, namun kerusi mana belum dapat didedahkan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI