fbpx

Penghantar makanan maut motosikal bertembung pacuan empat roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki yang juga penghantar makanan maut selepas motosikal ditungganginya bertembung pacuan empat roda di kilometer 44 Jalan Kimanis - Keningau semalam. - IHSAN POLIS

PAPAR – Seorang lelaki yang juga penghantar makanan maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di kilometer 44 Jalan Kimanis – Keningau semalam.

Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, mangsa berusia 32 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di jalan selekoh kawasan bukit.

Keadaan motosikal mangsa remuk selepas bertembung pacuan empat roda. – IHSAN POLIS

“Kereta Nissan Navara yang dipandu lelaki berusia 36 tahun bergerak menaiki bukit dari arah Kota Kinabalu menuju ke Keningau, manakala mangsa yang menunggang motosikal Honda RS150R cuba memotong sebuah kenderaan ketika menuruni jalan berbukit dan memasuki lorong bertentangan.

“Akibat jarak terlalu hampir, kedua-dua kenderaan tidak sempat mengelak dan terus bertembung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Kamaruddin berkata, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Papar di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Papar untuk tujuan bedah siasat.

“Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI