fbpx

Kajol santuni pengemis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAJOL

AKSI aktres tersohor Bollywood Kajol melayan dengan baik beberapa pengemis kanak-kanak di jalanan mendapat pujian peminat apabila menyifatkan pelakon itu memiliki hati mulia.

Menerusi sebuah video yang tular dalam media sosial, pelakon berusia 48 tahun itu dilihat sedang membeli-belah di sebuah kedai yang terletak di Mumbai, India.

Ketika sedang berjalan keluar, Kajol didekati beberapa pengemis kanak-kanak yang mahu meminta wang daripadanya.

Aksi pelakon filem Dilwale itu yang nampak senang melayan pengemis kanak-kanak tersebut, sekali gus menuai pujian peminat apabila dia kelihatan sangat mesra walaupun berstatus pelakon terkenal.

“Kajol umpama ‘dewi’ yang hadir untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan,” puji seorang peminatnya.

“Walaupun terkenal, Kajol langsung tidak memandang hina golongan pengemis,” kata peminat lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI