fbpx

Salman Rushdie hilang keupayaan sebelah mata dan tangan selepas serangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUSHDIE bergambar dengan bukunya di London pada 13 Oktober 2019. - AFP

BANDAR RAYA NEW YORK – Pengarang Britain, Salman Rushdie kehilangan penglihatan sebelah mata dan keupayaan menggunakan sebelah tangannya ketika pulih daripada serangan seorang lelaki dalam satu acara sastera pada Ogos lalu di barat New York, Amerika Syarikat (AS), lapor laman berita Huffpost semalam.

Ejennya, Andrew Wylie memberitahu akhbar bahasa Sepanyol, El Pais dalam satu artikel yang diterbitkan pada Sabtu lalu bahawa Rushdie mengalami tiga luka serius di lehernya dan 15 luka berasingan di dada dan tubuh ketika serangan itu.

Rushdie, 75, bersembunyi selama bertahun-tahun selepas pemimpin besar revolusi Iran, Ayatollah Ruhollah Khomeini mengeluarkan arahan pada 1989 yang menyeru kematiannya selepas menerbitkan novel ‘The Satanic Verses’ yang dianggap oleh sesetengah umat Islam sebagai menghina. Rushdie telah mengembara dengan bebas sepanjang dua dekad yang lalu.

Hadi Matar, 24, dari Fairview, New Jersey telah dipenjarakan selepas mengaku tidak bersalah atas cubaan membunuh dan menyerang Rushdie pada 12 Ogos lalu ketika beliau diperkenalkan di Institusi Chautauqua yang terkenal dengan siri kuliah musim panas.

Selepas serangan itu, Rushdie dirawat di sebuah hospital di Pennsylvania di mana dia perlu menggunakan mesin ventilator untuk pulih dengan Wylie mendakwa ia sebagai ‘serangan kejam’ yang memotong saraf pada sebelah tangannya.

Wylie memberitahu bahawa dia tidak dapat menyatakan sama ada Rushdie kekal di hospital dan tidak mahu membincangkan keberadaannya.

“Dia akan hidup… Itu perkara penting,” katanya.

Berdasarkan apa yang Rushdie dan ejennya fikirkan, serangan itu adalah ‘bahaya utama daripada orang asing yang datang entah dari mana dan menyerang’, kata Wylie kepada El Pais.

Dalam temu bual di penjara dengan akhbar The New York Post, Matar berkata dia tidak menyukai Rushdie dan memuji Khomeini. Iran telah menafikan penglibatan dalam serangan itu. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI