fbpx

Lee Zii Jia naib juara Terbuka Denmark

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA sudah memberikan aksi yang terbaik sebelum kecundang kepada Yuqi pada final Terbuka Denmark sebentar tadi. - BADMINTON PHOTO

KUALA LUMPUR – Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa akur dengan kemampuan pemain dari China, Shi Yuqi apabila tewas di pentas final Kejohanan Badminton Terbuka Denmark sebentar tadi.

Pemain ranking ketiga dunia itu tewas rubber-set 18-21, 21-16, 12-21 kepada Yuqi dalam pertarungan selama satu jam empat minit di Jyske Bank Arena.

Ia adalah kekalahan ketiga Zii Jia, 24, dalam empat pertemuan dengan Yuqi, 26, yang ketika ini berada di ranking ke-44 dunia sejak kali pertama bertemu pada Kejohanan Badminton Berpasukan Lelaki Asia 2018.

Kali terakhir pemain dari Alor Setar itu menewaskan Yuqi adalah pada suku akhir Malaysia Master dua tahun lalu dengan keputusan 12-21, 21-16, 21-19.

Kekalahan itu juga menyaksikan Zii Jia masih menunggu gelaran ketiganya tahun ini sejak menjuarai Kejohanan Asia 2022 di Filipina dan Terbuka Thailand 2022 di Bangkok.

Juara perseorangan wanita Terbuka Denmark pula menjadi milik He Bing Jao dari China selepas menewaskan rakan senegaranya, Chen Yu Fei 22-20, 12-21, 21-10.

Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia pula muncul juara beregu lelaki menerusi kemenangan 21-19, 28-26 ke atas satu lagi pasangan negara itu, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamoljo.

Beregu wanita menjadi milik pasangan China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan yang menewaskan Baek Ha Na-Lee So Hee dari Korea Selatan dengan keputusan 21-12, 21-15.

Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China menjuarai kategori beregu campuran selepas menewaskan rakan senegara, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 21-19, 20-22, 21-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI