fbpx

Amaran ribut petir di 6 buah negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan enam buah negeri sehingga 10 pagi ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, cuaca buruk tersebut dijangkakan melanda seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Selain itu turut terlibat, beberapa daerah di Selangor, Johor dan Sabah.

“Dijangka hujan lebat dan angin kencang turut melanda Selangor meliputi daerah Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang manakala di Johor hanya di Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Di Sabah kawasan terlibat dijangka di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas),” katanya.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI