fbpx

[VIDEO] Feri bawa 545 penumpang terkandas di perairan Kuala Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Sebuah feri membawa seramai 545 penumpang terkandas di alur pelayaran Kuala Kedah, di sini sejak kira-kira pukul 3 petang tadi.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom berkata, ketika ini pihaknya masih menanti laporan bertulis daripada kapten Feri Bahagia 98 yang terkandas itu.

Katanya, berdasarkan laporan awal, kejadian berlaku ketika air laut berada pada paras 1.7 meter iaitu paras yang masih selamat untuk pelayaran.

“Banyak faktor boleh menyebabkan kejadian itu antaranya feri tidak mengikut laluan asal atau laluan tersebut dihalang oleh kerja-kerja pengerukan laut yang sedang dilaksanakan.

“Kami masih menunggu laporan lanjut mengenai kejadian itu dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 4.55 petang tadi.

“Setibanya di lokasi, kita mendapati feri yang dalam perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi tersadai di beting lumpur dan tidak dapat bergerak.

“Ketika ini pihak kami bersama Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut dan nelayan tempatan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Difahamkan, proses menarik feri keluar dari beting lumpur sedang dijalankan termasuk menggunakan bot nelayan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI