fbpx

KKR kaji kesesakan teruk di Puncak Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz menyantuni penerima sumbangan sewaktu Program Perihatin Yayasan TZA (Diwali) di Bestari Jaya, Kuala Selangor pada hari ini.

KUALA SELANGOR – Kementerian Kerja Raya (KKR) akan melakukan kajian terperinci berkaitan masalah kesesakan teruk lalu lintas di sekitar Puncak Alam, di sini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pihaknya sudah memanjangkan isu itu kepada kementerian berkenaan dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Kata beliau, beberapa cadangan turut diterima daripada penduduk tempatan mengenai kesesakan terutama di Bandar Puncak Alam.

“Alhamdulilah, saya mendapat maklum balas daripada kementerian terlibat yang akan membuat kajian lanjut.

“Sebarang perkembangan terkini akan saya maklumkan kepada penduduk kelak,” katanya ketika ditemui pada Program Prihatin Sempena Deepavali di pekan Bestari Jaya di sini, petang tadi.

Pada program itu, seramai 200 penduduk B40 menerima sumbangan barangan keperluan sebagai persediaan sambutan perayaan berkenaan.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan sentiasa komited memastikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk terus berdaya tahan.

“Sebagai contoh, Bajet 2023 menaikkan peruntukan bagi program SemarakNiaga kepada RM45 bilion berbanding RM40 bilion sebelum ini.

“Sejumlah RM1.7 bilion daripadanya tersedia sebagai dana pinjaman mikro dan kemudahan perniagaan untuk manfaat peniaga kecil,” ujarnya.

Tambah beliau, kemudahan pinjaman mikro bagi masyarakat India di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) juga disediakan dana berjumlah RM25 juta.

“Ia membuktikan bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi para peniaga khususnya peniaga kecil,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI