fbpx

Budak tadika umur 4 tahun di Russia diberi pendedahan tentang perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIRSOV mengajar kanak-kanak tadika mengenai situasi perang. - social media/ east2west news

MOSCOW – Kanak-kanak seawal usia empat hingga lima tahun di Russia telah diberi pendedahan mengenai situasi perang di negara mereka, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Satu rakaman memaparkan seorang pegawai menunjukkan sepucuk senapang mesin Kalashnikov dan pelancar bom anti kereta kebal kepada kanak-kanak di sebuah tadika.

‘Guru’ bernama Pavel Firsov itu adalah daripada gerakan ketenteraan pro-Kremlin yang dipanggil Combat Brotherhood.

Kanak-kanak di Tadika No.31 di Korolev, berhampiran Moscow telah diajar mengenai ‘kualiti yang membezakan seorang pembela tanah air’.

Firsov ialah seorang veteran operasi ketenteraan dan kerap memberikan pelajaran ketenteraan kepada kanak-kanak yang lebih tua.

Kelas-kelas itu diadakan ketika berpuluh-puluh ribu tentera Russia telah terkorban dalam percubaan Presiden Vladimir Putin untuk menyerang dan melemahkan Ukraine.

“Kenapa perlu menunjukkan ini (senjata) di tadika?” kata seorang penjaga kepada kanak-kanak itu.

Seorang lagi pengkritik berkata, ia adalah ‘mengerikan’ untuk menunjukkan senjata kepada kanak-kanak.

“Undang-undang mengatakan tidak dibenarkan untuk melibatkan kanak-kanak dalam propaganda ketenteraan. Adalah perlu untuk melaporkan pelanggaran ini kepada pejabat pendakwa,” katanya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI