fbpx

Suami runsing kulit isteri menggelupas teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
beginilah keadaan kulit Senah yang menggelupas akibat penyakit SLE yang dialaminya ketika ditemui di Kampung Galau, Sik baru-baru ini.

SIK – Seorang suami merayu bantuan untuk mengubati iste­rinya yang mengalami masalah kesihatan seperti sakit sendi dan kulit akibat penyakit kronik Sistemik Lupus Eritematosus (SLE).

SLE merupakan penyakit au­toi­mun iaitu badan menghasilkan antibodi yang menyerang tisu badan sendiri sehingga menyebabkan radang atau inflamasi di kulit, sendi dan organ dalaman seperti otak, paru-paru, jantung dan buah pinggang.

Menurut Mohd. Sabri Jaafar, isterinya, Senah Abu Didek, 45, mengalami sakit pada sendi sehingga menyukarkannya untuk berjalan sejak setahun lalu.

“Pada mulanya, isteri menga­du gatal pada tangan, kaki dan badan yang disangka akibat campak.

“Namun, keadaan isteri bertambah teruk apabila terdapat gelembung kecil berisi air di seluruh badan termasuk di dalam mulut yang semakin membesar dan pecah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gulau di sini, baru-baru ini.

Katanya, dia kemudian membawa Senah mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Sik dan diberi antibiotik serta krim sapu sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

“Saya dan keluarga kemudian membawa Senah ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar ­ke­rana di sana ada rekod me­ngenai penyakit sendi yang membuatkan isterinya tidak dapat berjalan.

“Alhamdulillah, keadaan isteri kini beransur pulih,” ujarnya yang merupakan bapa kepada lima anak.

Katanya, dia kehilangan sumber pendapatan sebagai pencari hasil hutan serta tidak dapat menoreh kerana terpaksa ber­ulang-alik ke hospital untuk menjaga isteri serta menguruskan anak yang masih bersekolah.

“Pendapatan saya hanya sekitar RM500 sebulan, itu pun jika boleh menoreh getah atau me­lakukan kerja-kerja kampung.

“Belanja perubatan isteri melebihi RM500 untuk membeli ubat-ubat sapuan dan perbelanjaan ulang-alik ke hospital,” tambahnya.

Mereka yang ingin menghu­lurkan bantuan boleh meng­hu­bungi mereka di talian 011-17­235 5926 atau menerusi aka­un Bank Simpanan Nasional 0299541100703713 atas nama Mohd. Sabri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI