fbpx

[VIDEO] Penyamun berparang larikan lima rantai emas RM35,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman kejadian samun tersebut yang tular di media sosial.

KLANG – Sekumpulan penyamun berjaya melarikan lima utas rantai emas dianggarkan RM35,000 dalam dua kejadian selang 15 minit di dua lokasi berasingan sekitar daerah ini, hari ini.

Dalam kejadian bermula 3.05 petang itu melibatkan mangsa berusia 30 dan 60an di Taman Intan, Kapar dan Taman Klang Utama, Bukit Raja.

Salah satu daripada kes tersebut tular menerusi dua video berdurasi masing-masing 20 dan 50saat.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihak menerima dua laporan daripada mangsa yang terlibat berhubung kes samun tersebut.

Katanya, berdasarkan siasatan mendapati kejadian pertama melibatkan seorang suri rumah yang sedang mengemas kediamannya dalam keadaan pintu dan pagar terbuka.

“Empat suspek bersenjatakan parang telah keluar dari telah keluar daripada sebuah kereta Proton Waja berwarna kelabu.

‘Suspek kemudiannya telah menyamun mangsa yang ketika itu sedang mengemas di bahagian dapur rumah. Mangsa telah mengalami kerugian tiga rantai emas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, kumpulan suspek sama juga telah melakukan jenayah sama kira-kira pukul 3.20 petang hari sama selepas menahan seorang lelaki menggunakan kenderaan mereka sebelum menarik dua utas rantai emas.

Ujar Vijaya, mangsa telah mengalami sedikit kecederaan akibat pergelutan di bahagian leher.

“Nilai kerugian bagi kedua-dua kes dianggarkan RM35,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada pegawai penyiasat, Inspektor Nur Saiful Hazwan Mohamad Ridzuan ditalian 016-7404177 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI