fbpx

Team Haq wakili Malaysia pada Kejohanan Dunia MLBB M4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEAM HAQ akan bertanding mewakili negara pada Kejohanan Dunia di Jakarta pada 1 hingga 15 Januari 2023.

TEAM Haq melayakkan diri ke Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang M4 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia awal tahun depan.

Bermula dari peringkat awal (kelayakan) di pentas Liga Profesional Mobile Legends Malaysia (MPLMY) Season 10 dan kini pertama kali pasukan ‘Team Haq’ membawa nama ke pentas antarabangsa dan bakal mengharumkan nama Malaysia.

Jatuh ke lower bracket tidak menjadi penghalang untuk Team Haq meneruskan misi apabila bangkit menewaskan pasukan Orange esports dengan keputusan 3-1.

Kejohanan Dunia M4 ialah kejohanan e-Sukan antarabangsa tahunan untuk game Mobile Le­gends: Bang Bang (MLBB) di mana pasukan dari seluruh dunia akan berhadapan antara satu sama lain untuk menjadi Juara Dunia.

Dianggarkan sebanyak 16 pasukan akan bertanding pada Kejohana Dunia dunia ini. Kejohanan ini menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak AS$800,000 (RM3.77 juta)

M4 dijadualkan bermula pada 1 hingga 15 Januari 2023 dan akan diadakan di Jakarta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI