fbpx

RM3 juta untuk kebajikan penduduk wilayah Ketengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli (kanan) menyaksikan Nik Dir (dua dari kanan) menyampaikan replika cek TAMK kepada Ahmad (dua dari kiri) pada majlis makan malam KHSB di Hotel Primula, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Ketengah Holding Sdn. Bhd. (KHSB) yang merupakan anak syarikat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) menyumbang RM3 juta kepada Tabung Amanah Masyarakat Ketengah (TAMK).

Ketua Pegawai Eksekutif KHSB, Ramli Shahul Hameed berkata, sumbangan terbabit bagi penyaluran bantuan kepada penduduk wilayah Ketengah yang memerlukan dan kurang bernasib baik.

“Sumbangan RM3 juta tersebut merupakan sebahagian daripada keuntungan diperolehi oleh KHSB.

“TAMK yang telah diwujudkan sejak tahun 2004 merupakan sebahagian program tanggungjawab sosial korporat KHSB bagi membantu kebajikan penduduk wilayah Ketengah,” katanya selepas menghadiri majlis makan malam kakitangan KHSB di sini malam tadi.

Ramli berkata, antara golongan sasaran bagi pemberian bantuan hasil sumbangan TAMK ialah golongan miskin tegar dan miskin tegar, anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU) yang menetap di dalam wilayah Ketengah.

Tambah beliau, selain itu, kebajikan pesakit kritikal dan bantuan banjir serta persekolahan kepada warga wilayah itu juga tidak pernah dilupakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI