fbpx

Suami langgan pelacur selepas isteri gemuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Luluh hati seorang isteri apabila suaminya didapati curang dengan melakukan hubungan intim dengan pelacur hanya kerana badannya sudah gemuk dan tidak lagi ramping seperti baru berkahwin.

Wanita itu yang enggan dikenali mendedahkan suaminya telah melanggan pelacur sebanyak tiga kali hanya kerana fizikalnya sudah tidak seperti dulu selepas beranak.

“Saya sangat kecewa kerana suami lebih suka pelacur berbanding diri saya. Rasa seperti mahu meninggalkan Malaysia buat selama-lamanya.

“Dah fikir nak kemas barang, tinggalkan Malaysia dan tak mahu pulang lagi. Bila saya tanya suami kata dia pilih pelacur kerana pelacur tersebut kurus,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial twtmalaywedding.

Menurut wanita itu, dia juga rasa mahu membunuh diri, namun memilih untuk kekal bersama suaminya kerana sayangkan anak-anak.

Menerusi hantaran tersebut, netizen turut berkongsi pengalaman sama seperti yang dihadapi oleh individu tersebut.

“Pernah ditipu hidup-hidup dan kesannya sehingga sekarang. Walaupun suami tidak bandingkan kita dengan orang lain, tetapi kau tetap akan tahu yang tubuh kau masih tidak putih dan elok seperti orang lain,” ciap 4everdania

“Dulu sebelum kahwin janji sehidup semati. Tetapi, ketika dia mengandung kau pergi cari yang lain. Sebagai suami, kau sepatutnya menghargai pengorbanan dia sebagai isteri,” ujar Koala bear.

Netizen turut meminta individu tersebut untuk menjalankan ujian kesihatan penyakit kelamin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI