fbpx

Lulus Bajet Pahang 2023 dahulu baru bubar DUN – Wan Rosdy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK Seri Wan Rosdy Wan Ismail (empat dari kanan) ketika menerima sumbangan persiapan banjir Petronas kepada Kerajaan Negeri di Wisma Sri Pahang, di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hanya akan diketahui sebaik sahaja Bajet Pahang 2023 diluluskan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas bilakah Bajet Pahang 2023 itu akan diluluskan sebaliknya memaklumkan hanya akan diketahui dalam masa terdekat.

“Cuma saya boleh katakan Insya Allah dalam masa terdekat ini. Kita mahu luluskan dahulu bajet yang dibentangkan dalam sidang dewan. Itu penting untuk rakyat supaya kerajaan boleh membelanjakan untuk negeri dan kepada rakyat.

“Kalau tidak penjawat awam pun tidak akan dapat sebulan setengah bonus. Lulus sahaja bajet ini, anytime (bila-bila masa) kita bubar,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan persiapan banjir Petronas kepada Kerajaan Negeri di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Terdapat 42 jumlah kerusi DUN di Pahang dan pada PRU14, 25 kerusi dimenangi BN, sembilan Pakatan Harapan (PH) dan lapan kerusi milik Pas.

Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, kesemua DUN di bawah pentadbiran parti itu dibubarkan susulan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI