fbpx

Ramai nak jadi pengantin perempuan MK K-Clique!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI MK yang mencium pengantin perempuan 'bayangan' di atas pelamin perkahwinan kakaknya mencuit hati netizen.

PETALING JAYA – Penyanyi rap popular MK K-Clique mengundang rasa tidak keruan netizen terutamanya dalam kalangan wanita apabila memuat naik foto berseorangan di atas pelamin.

Foto yang memaparkan MK, 26, berbaju Melayu berwarna putih lengkap bersamping dan songkok mengundang pelbagai reaksi yang rata-ratanya meluahkan ingin menjadi suri hatinya.

“Ada ini, sedang berlatih. Bila awak nak duduk?

“Sementara tunggu, saya pegangkan bunga awak sebentar okey,” kata pemilik nama penuh Muhammad Hairi Amin Hamdan itu dalam ruangan kapsyen.

Dalam beberapa foto lain, aksinya seakan-akan sedang mencium, bersalaman dan bersanding dengan pengantin perempuan bayangan turut membuatkan ramai terhibur.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, kapsyen pelakon filem Rompak itu dihujani komen usikan daripada peminat wanita yang bersetuju untuk menjadi isterinya.

“Sekejap lagi ‘baby’ sampai dan duduk sebelah sayang okey,” seloroh seorang netizen.

“Tunggu sekejap, saya dalam perjalanan nak terbang ke Sabah,” gurau seorang lagi pengikut Instagramnya.

Difahamkan, aksi tersebut dirakam pada majlis pernikahan kakaknya, Siti Hawa Hamdan dengan Fareed yang juga salah seorang anggota kumpulan K-Clique.

Sebelum ini, MK pernah dikatakan sudah memiliki teman istimewa apabila memuat naik foto bersama seorang wanita dalam sebuah hantaran Instagram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI