fbpx

Stadium Kanjuruhan tidak sesuai anjur perlawanan berisiko tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR dirakam pada 3 Oktober lalu menunjukkan keadaan Stadium Kanjuruhan beberapa hari selepas rempuhan maut selepas perlawanan bola sepak di Malang, Jawa Timur. - AFP

JAKARTA – Pasukan Pencari Fakta Bebas Bersama (TGIPF) memaklumkan bahawa Stadium Kanjuruhan di Malang tidak sesuai untuk mengadakan perlawanan bola sepak berisiko tinggi, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia kelmarin.

Kesimpulan itu dicapai selepas TGIPF melawat sendiri stadium tersebut dan meminta penjelasan daripada beberapa pihak.

“Kesimpulannya, stadium ini tidak sesuai untuk mengadakan perlawanan berisiko tinggi,” kata anggota TGIPF, Nugroho Setiawan.

Menurut beliau, pengiraan secara konkrit diperlukan untuk mengadakan perlawanan berisiko tinggi. Salah satunya adalah berkaitan dengan cara untuk mengeluarkan penonton sekiranya berlaku kecemasan.

Bagaimanapun, menurut pemegang lesen FIFA dan Pegawai Keselamatan AFC, Stadium Kanjuruhan masih mampu mengadakan perlawanan dengan risiko sederhana atau rendah.

Nugroho berkata, struktur stadium itu perlu diubah pada masa hadapan supaya sesuai untuk perlawanan berisiko tinggi.

Antara aspek yang perlu diambil kira termasuk struktur tangga. Berdasarkan piawaian keselamatan, ketinggian anak tangga perlu dibina kira-kira 18 sentimeter (sm) dan lebar 30 sm.

Bukan itu sahaja, lebar tangga di Stadium Kanjuruhan tidak sesuai untuk orang ramai.

“Perlu diletakkan pagar untuk berpegang kerana pagar sedia ada tidak diselenggara. Akibat tekanan yang besar, pagar itu patah dan mencederakan mangsa,” katanya.

Insiden rempuhan di stadium berkenaan menyebabkan 131 orang maut dan beratus-ratus penonton cedera. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI