fbpx

PRU-15: Mohamed Nazri tersenarai calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Nazri.

BAGAN SERAI – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz turut tersenarai sebagai calon yang dicadangkan bertanding di Parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Mohamed Nazri merupakan salah seorang daripada 126 nama calon yang dicadangkan untuk bertanding di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, Mohamed Nazri yang sebelum ini mengesahkan tidak akan bertanding pada PRU-15 telah dicadangkan oleh Jawatankuasa Bahagian UMNO Padang Rengas.

“Sama ada Mohamed Nazri akan dipilih sebagai calon di Parlimen Padang Rengas, perkara itu ditentukan oleh pucuk pimpinan parti.

“Sebagai penyandang, nama beliau ada dalam senarai calon yang dicadangkan oleh bahagian. Kesemuanya ada 126 nama calon yang saya terima daripada keseluruhan bahagian termasuk penyandang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Saarani berkata, kesemua nama yang dicadangkan itu akan diserahkan kepada kepimpinan tertinggi UMNO sebelum ia (calon yang bertanding) diputuskan oleh mereka.

Mohamed Nazri sebelum ini mengesahkan beliau tidak akan bertanding pada PRU-15 setelah enam kali menang tanpa kalah di Parlimen Padang Rengas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI