fbpx

DASH akan dibuka dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Azlan meninjau Lebuharaya Bertingkat Damansara - Shah Alam, di sini hari ini. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Projek Lebuh Raya Bertingkat Damansara – Shah Alam (DASH) hampir siap sepenuhnya dan dijangka bersedia untuk menerima 50,000 pengguna lebuh raya dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, pembukaan lebuh raya itu akan dijalankan serentak dalam satu fasa.

Katanya, pembinaan lebuh raya itu dijangka akan mengurangkan masa perjalanan dari Puncak Perdana ke Penchala sehingga 30 minit daripada 90 minit, penjimatan 60 minit berbanding melalui laluan sedia ada.

“Pembinaan lebuh raya ini juga mampu mengurangkan kesesakan di Persiaran Mokhtar Dahari sebanyak 39 peratus, Jalan Sungai Buloh (33 peratus) dan Persiaran Surian (43 peratus).

“Selain itu, lebuh raya DASH juga boleh menjadi laluan alternatif untuk ke Persiaran Surian di Kota Damansara, Lapangan Terbang Subang, Damansara Perdana, Penchala dan menuju ke Bandaraya Kuala Lumpur,” katanya ketika Sesi Taklimat Mengenai Perkembangan Projek Lebuh raya DASH, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Mohammad Azlan berkata, lebuh raya itu turut menjadi penghubung antara bahagian timur dan barat Lembah Klang.

“Pembinaan lebuh raya ini menjadi penyelesaian penyuraian trafik untuk beberapa kawasan pembangunan baharu seperti Kwasa Damansara, Elmina dan sepanjang Shah Alam ke Damansara.

“Lebuh raya DASH turut mempunyai tiga plaza tol iaitu di Denai Alam, RRIM (Kwasa Damansara) dan Kota Damansara lengkap dengan sistem kutipan tol tanpa henti yang dikenali sebagai Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI