fbpx

Banjir di Baling, Kuala Muda surut sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua mangsa banjir di PPS Kompleks Rakan Muda di Baling dibenarkan pulang ke rumah masing-masing tengah hari ini setelah keadaan banjir surut sepenuhnya.

BALING – Seramai 151 mangsa daripada 47 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Kompleks Rakan Muda di sini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kerana keadaan banjir telah surut.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd. Faizol Ab. Aziz berkata, PPS tersebut ditutup pada pukul 1 tengah hari tadi.

“Semua mangsa dipindahkan ke PPS setelah rumah mereka dilanda banjir kilat mulai pukul 6 pagi semalam.

“Mereka telah pulang ke rumah masing-masing selepas PPS ditutup pada pukul 1 tengah hari tadi,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa yang ditempatkan di PPS itu adalah dari Kampung Paya, Kampung Tanjung Merbau dan Kampung Charuk Sikin.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azhar Ahmad berkata, keadaan banjir di lima kampung di daerah Kuala Muda surut sejak petang semalam.

“Kejadian banjir pada awal pagi semalam melibatkan seramai 179 mangsa daripada 43 keluarga dan tiada PPS yang dibuka,” ujarnya.

Tambahnya, kampung yang terjejas adalah Kampung Air Mendidih, Kampung Haji Wahab, Kampung Bukit Belah dalam mukim Sungai Petani; Kampung Sungai Bongkok dalam mukim Gurun dan Kampung Jerung dalam mukim Sidam Kiri.

“Kejadian banjir yang berlaku pada semalam itu adalah susulan hujan melebihi sejam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI