fbpx

Angelina Jolie pernah dipukul Brad Pitt

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGELINA Jolie mendakwa bekas suaminya, Brad Pitt bukanlah bapa yang baik.

KONFLIK antara aktres Angelina Jolie bersama bekas suaminya Brad Pitt kembali menarik perhatian netizen selepas wanita itu membuat satu laporan polis terhadap Pitt atas dakwaan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Menurut laporan yang dibuat, Jolie mendakwa telah dipukul oleh bekas suaminya pada 2016 sewaktu dia dan juga anak-anak dalam perjalanan menaiki jet peribadi dari Perancis menuju ke California, Amerika Syarikat.

Dikatakan bahawa pelakon lelaki berusia 58 tahun itu telah menolak Jolie ke dinding pesawat ketika kedua-duanya bertengkar. Bahkan Pitt tanpa belas kasihan turut menarik rambut bekas isterinya itu di hadapan anak-anak.

Dek dendam atas perlakuan kasar Pitt terhadapnya, Jolie memutuskan untuk menjual salah satu saham kebun anggur yang pernah mereka beli bersama.

Menurut peguam mewakili Jolie, aktres tersebut berusaha keras untuk melindungi anak-anak daripada turut disakiti.

“Pitt bukanlah seorang bapa yang baik. Dia sangat ganas dan tidak mempunyai hati perut untuk melindungi isteri dan anak-anak,” kata peguam tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI