fbpx

Kampung di India larang guna telefon bimbit selepas pukul 7 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANIL Nikam dan keluarganya dari kampung Mohityanche Vadgaon mengawal penggunaan peranti digital selama 90 minit pada September lalu. – AniL Nikam

NEW DELHI – Sebuah kampung di negeri Maharashtra, India meminta semua penduduk supaya mematikan televisyen dan peranti mudah alih bermula pukul 7 malam sebagai langkah melin­dungi anak-anak daripada ‘ke­tagihan digital’, lapor akhbar Arab News kelmarin.

Rutin harian itu mula dilaksanakan di Kampung Mohityanche Vadgaon yang terletak di daerah Sangli pada 15 Ogos lalu. Sejak itu, kampung tersebut bebas selama 90 minit daripada ‘belenggu digital’ pada setiap hari.

“Semua orang telah mendisip­linkan diri sendiri. peraturan ini adalah langkah ‘pembersihan digital’ untuk seluruh kampung,” kata ketua Kampung Mohityanche Vadgaon, Vijay Mohite.

Masalah ketagihan digital sudah lama disedari oleh pihak berkuasa dan ibu bapa di India apabila sekatan wabak Co­vid-19 yang panjang,  didapati menghalang kanak-kanak daripada mengikuti aktiviti berkumpulan selama hampir dua tahun.

Tidak lama selepas kelas dalam talian bermula pada 2020, kajian oleh sebuah hospital di bandar Jaipur memberi amaran bahawa 65 peratus  kanak-kanak bawah umur yang ditinjau didapati menunjukkan gejala ke­tagihan kepada telefon bimbit. Mereka tidak dapat meninggalkan peranti itu selama lebih 30 minit.

Pada Mac lalu pula, Menteri Elektronik dan Teknologi Maklumat, Rajeev Chandrasekhar berkata, lebih satu pertiga kanak-kanak di India mengalami masalah hilang tumpuan akibat penggunaan telefon bimbit.

Kesan akibat pembelajaran dalam talian juga berlaku di kampung Mohityanche Vadgaon.

“Sekatan Covid-19 dan kelas dalam talian menjadikan kebanyakan kanak-kanak yang bersekolah, ketagih dengan telefon bimbit sekali gus menjejaskan tingkah laku akademik dan emosi mereka.

“Kami sedar peraturan seperti ini menentang arus kemajuan, tetapi penyingkiran digital pen­ting jika ibu bapa di kampung ini mahu anak-anak mereka mempunyai masa depan yang cerah,” kata Mohite. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI