fbpx

Pemandu teksi bersyukur terima bantuan RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Daerah Kluang, Mustakim Jalel.

KLUANG – Kira-kira 220 orang pemandu teksi daripada Persatuan Pemandu Teksi Daerah Kluang bersyukur kerana tersenarai sebagai penerima bantuan melalui pembentangan bajet oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini.

Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Daerah Kluang, Mustakim Jalel berkata, geran sekali bayar bernilai RM1,000 kepada setiap pemandu teksi ini amat besar ertinya kepada merely.

Katanya, dengan bantuan ini, semua pemandu teksi boleh mempelbagaikan kegunaannya terutama sekali untuk kegunaan penyelenggaraan kenderaan yang mungkin perlu ditukar ganti bagi melancarkan perjalanan ketika memberikan perkhidmatan kepada penumpang.

“Selain itu, ianya juga boleh menampung pendapatan yang sebelum ini agak terjejas terutama sekali ketika fasa pendamik wabak covid 19 serta peralihan ke fasa endamik sekarang.

” Ketika kedua-dua fasa ini, pemandu teksi agak terjejas pendapatan kerana orang ramai masih ragu-ragu untuk menggunakan perkhidmatan awam, “katanya kepada Kosmo hari ini.

Mustakim turut berharap bajet ini akan diluluskan nanti kerana tanpa adanya bantuan seperti ini kebanyakkan ahli persatuan tidak dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik akibat daripada kenderaan tidak diselenggara.

Sebelum itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan memperuntukkan Geran ‘one-off’ RM1,000 kepada semua syarikat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang berdaftar.

Katanya, bantuan ini juga diberikan kepada pemandu teksi yang berdaftar yang akan memberi manfaat kepada kira-kira sejuta penerima di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI