fbpx
Ismail Sabri (duduk,kiri) ketika hadir meninjau persiapan akhir di Kementerian Kewangan sebelum perbentangan Bajet 2023 esok.

Bajet 2023 tetap dibentang esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Bajet 2023 akan dibentangkan esok seperti yang dijadualkan sebelum ini di Dewan Rakyat bermula pukul 3 petang.

Perbentangan tersebut akan dikendalikan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang dijangka berakhir sekitar pukul 7 petang.

Berita baik ini sekali gus menjawab pelbagai spekulasi yang telah dibangkitkan oleh pelbagai pihak sama ada bajet berkenaan akan dibentangkan esok atau tidak.

Terdahulu, timbul dakwaan yang mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang tadi adalah bertujuan memohon pembubaran Parlimen selain pembentangan Bajet 2023 tidak akan diadakan. – KOSMO! ONLINE

POPULAR