fbpx

Orang jantung sebelah kanan ‘rare’, ada tapi tak ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian seorang pengguna TikTok yang mendakwa jantungnya berada di bahagian kanan.

PETALING JAYA – Pelik dan jarang terjadi, seorang pemuda mendedahkan bahawa jantungnya berada di sebelah kanan menerusi sebuah video di TikTok baru-baru ini.

Video pemilik akaun @Otak_goyang atau dikenali Ahmad Nazirul Islam itu telah mendapat tontonan sebanyak 153,000.

Menurut Nazirul, majikannya terkejut dan pelik apabila mengetahui perkara tersebut dan dia diarahkan berjumpa pihak atasan bagi membuat berbincangan samaada pemuda itu dibenarkan bekerja atau diberhentikan.

Nazirul mengakui walaupun posisi jantungnya tidak seperti orang lain, namun keadaan fizikalnya dalam keadaan baik-baik sahaja.

Bagaimanapun, majikan menyarankan pemuda itu membuat pemeriksaan kesihatan bagi mendapatkan klarifikasi dan pengesahan daripada doktor pakar sendiri. Nazirul kini masih perlu meneruskan temujanji bersama doktor pakar.

Di platform TikTok ada juga pengguna yang berkongsi perkara yang sama serta ilmu pengetahuan dan ada juga komen yang menggelikan hati.

“Macam mana abang custom (buat)?,” tanya @SayaLanggarJe.

“Masa dalam perut dulu aku bosan, jadi aku main susun-susun organ tapi lupa kita ni bodoh soal kedudukan jantung belah kanan ke kiri,” balas Nazirul.

“Orang jantung belah kanan ni ‘rare’ ada tapi tak ramai,” komen @erikaaxander31

“Pakcik saya pun jantung sebelah kanan, sihat sahaja” kongsi @chachaB.

Ramai warga Tiktok mula menyebut seorang doktor @DR1 SHARE di ruang komen pemuda itu bagi mendapat penjelasan dan berharap doktor tersebut membuat perkongsian di TikToknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI