fbpx

Elon Musk bertikam lidah dengan Volodymyr Zelenskyy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musk mengadakan tinjauan pendapat untuk membolehkan lebih 107 juta pengikutnya mengundi idea tersebut. - AFP

KIEV – Manusia terkaya di dunia, Elon Musk bertikam lidah dengan pegawai-pegawai Ukraine termasuk Presiden Volodymyr Zelenskyy  kelmarin berhubung idea bilionair tersebut untuk menamatkan pencerobohan Russia.

Musk mencetuskan kontroversi di laman Twitter apabila mengusulkan perjanjian damai dengan mengadakan semula pungutan suara rakyat di rantau Ukraine yang ditakluki Moscow tetapi di bawah pengendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mengiktiraf kedaulatan Russia ke atas Semenanjung Crimea dan memberikan status neutral kepada Ukraine.

Beliau juga mengadakan tinjauan pendapat untuk membolehkan lebih 107 juta pengikutnya mengundi idea tersebut.

Sebagai tindak balas, Zelenskyy mengadakan tinjauan pendapatnya sendiri dengan bertanya soalan bermaksud: “Elon Musk yang mana anda lebih suka? Dan memberi pilihan ‘Yang menyokong Ukraine’  atau ‘Yang menyokong Russia”.

Duta Kiev ke Jerman, Andriy Melnyk pula memberi jawapan yang lebih kasar: “Jawapan diplomatik saya adalah supaya (Musk) berambus”. 

Penasihat Presiden Ukraine, Mykhaylo Podolyak mencadangkan ‘pelan lebih baik’ di mana  Ukraine akan mengambil semula wilayah-wilayahnya termasuk Crimea, Russia melucutkan tentera dan senjata nuklearnya dan ‘penjenayah perang’ dihadapkan ke mahkamah antarabangsa.

Musk kemudian berkata, Moscow boleh mengumumkan kerahan sepenuhnya yang membawa kepada ‘perang sepenuhnya’ yang akan menyaksikan angka kematian kedua-dua belah pihak menjadi ‘sangat dahsyat’.

“Adalah mustahil Ukraine boleh menang dalam ‘perang sepenuhnya’. Sekiranya anda mengambil berat tentang nasib rakyat Ukraine, carilah perdamaian” katanya di laman Twitter.

Presiden Russia, Vladimir Putin meminta Ukraine supaya menamatkan pertempuran dan berunding selepas Kremlin mengarahkan mengarahkan kerahan tentera simpanan dan mengancam menggunakan senjata nuklear.

Zelensky bagaimana pun berkata, beliau tidak sesekali akan berunding dengan Russia selagi Putin berkuasa. –  AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI