fbpx

Lelaki ugut tikam isteri tolak lakukan seks dijel lapan bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini.

MELAKA – Perbuatan seorang suami sanggup mengugut untuk menikam isterinya gara-gara kecewa wanita itu menolak melakukan hubungan seks berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Izwan Mohamed Noh menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd. Faidros Mustafa, 41, yang membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dalam suatu perkahwinan yang sah telah menyebabkan ketakutan kecederaan kepada isterinya, Rohani Mohamed Kassim, 32, untuk mengadakan persetubuhan dengannya.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 9 malam di sebuah rumah beralamat di Balai Panjang dalam daerah Melaka Tengah, pada 9 Mei lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah mengugut untuk menikam perut isterinya itu sekiranya wanita tersebut enggan menuruti kehendaknya melakukan hubungan seks.

Tertuduh yang mempunyai dua orang anak turut memaksa isterinya untuk mengambil dadah jenis syabu.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan telah insaf dan tempoh penjara diambil kira daripada tarikh ditangkap iaitu 14 Ogos lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan dari tarikh tertuduh ditangkap. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI