fbpx

Kilang ais krim, tauhu kotor kena tutup di Jasin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai penguat kuasa JKN membuat pemeriksaan di sebuah kilang memproses tauhu di Melaka, hari ini.

MELAKA – Tiga buah kilang makanan di negeri ini yang memproses tauhu, susu tepung dan ais krim telah diarahkan tutup serta-merta selepas dikesan beroperasi dalam keadaan kotor dalam satu serbuan di Jasin, hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Datuk Dr. Rusdi Abd. Rahman berkata, ketiga-tiga kilang itu diberikan notis penutupan selepas diserbu penguat kuasa Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bersama Unit Inspektorat dan Perundangan.

“Serbuan ini dilakukan di bawah Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) yang bertujuan untuk memastikan semua kilang di Negeri Melaka mendapatkan persijilan sekurang-kurangnya Makanan Selamat Tanggungjawab Industri atau MeSTI.

“Bagaimanapun kita telah mengesan tiga buah kilang masing-masing memproses makanan tauhu, susu tepung dan ais krim yang tidak mematuhi tahap kebersihan ditetapkan dan diarahkan tutup serta-merta,”katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Jelasnya, ketiga-tiga kilang itu kenakan tindakan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Mengulas lanjut beliau berkata, sehingga hari ini, JKN Melaka telah membuat pemeriksaan ke atas 73 kilang memproses makanan dengan 58 kompaun telah dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“JKN Melaka telah mengeluarkan 58 kompaun yang bernilai keseluruhan RM47,350.00.

“Sebanyak 10 buah kilang dikompaun RM25,000 kerana didapati tidak mempunyai PJKM iaitu amalan terancang yang didokumen dan memberi jaminan bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna apabila dimakan,”katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI