fbpx

Pelancong di Phuket didakwa wajib guna khidmat teksi lapangan terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak pengurusan lapangan terbang mendakwa van mini yang ditempah pelancong tidak memenuhi peraturan yang ditetapkan. - Bangkok Post

BANGKOK – Pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, Thailand berdepan kecaman apabila video memaparkan petugasnya memaksa pelancong menggunakan teksi lapangan terbang menjadi tular, lapor laman berita Thaiger semalam.

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial itu, pasangan pelancong yang telah membuat tempahan kenderaan sewa secara online dihalang menaiki van mini yang tiba untuk menjemput mereka.

Kakitangan lapangan terbang menghentikan van mini itu semasa di pintu keluar dan meminta pasangan tersebut untuk turun serta menggunakan khidmat teksi lapangan terbang sedia ada.

Perkara itu menimbulkan kemarahan pelancong tersebut kerana bayaran kenderaan sewa yang ditempah menerusi platform online adalah lebih murah berbanding teksi lapangan terbang.

Sebagai tindak balas kepada bantahan di media sosial, Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan bahawa seseorang boleh menggunakan aplikasi sewa kenderaan untuk mengatur pengangkutan.

Bagaimanapun, pemandu kenderaan yang ditempah perlu memenuhi peraturan yang ditetapkan untuk teksi di lapangan terbang.

“Semalam (28 September) sebuah teksi van mini tiba di terminal domestik untuk mengambil penumpang yang menempah melalui aplikasi online.

“Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket adalah kawasan kawalan pesawat seperti yang dinyatakan dalam Peraturan Kementerian Pengangkutan.

“Pemandu van mini telah melanggar peraturan. Kenderaan teksi tidak dibenarkan masuk ke lapangan terbang kecuali apabila mendapat kebenaran dari pihak pengurusan lapangan terbang.

“Lapangan terbang ini mempunyai sistem pendaftaran untuk pemandu teksi. Peraturan telah dimaklumkan dengan jelas kepada penumpang dan pemandu teksi,” jelas kenyataan tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI