fbpx

Muzik klasik, kombinasi terkini Golden Hour

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI dengan jumlah pengikut seramai 7.9 juta dalam TikTok ini mencipta trending di seluruh dunia menerusi lagu Golden Hour.

PENYANYI berbakat besar, JVKE yang pernah tular dengan video TikTok bersama ibunya sekitar 2020 menonjolkan pesonanya dengan sebuah karya hit masa kini, Golden Hour.

Lagu berkenaan dihasilkan oleh penyanyi itu sendiri bersama abangnya, ZVC dan sudah pun dilancarkan sekitar Julai lalu.

Menariknya, lagu dengan bunyi klasik itu pantas memancing perhatian pendengar sehingga berjaya menembusi Carta Billboard Hot 100 buat pertama kalinya pada 10 September lalu.

Golden Hour merupakan single ketiga JVKE, setakat ini yang terbaik dalam kamus kariernya selaku penyanyi, penulis lirik dan komposer.

Lagu bernuansa R&B kontemporari tersebut menonjolkan betapa romantis dan apresiasi JVKE terhadap keindahan alam menerusi penulisan lirik.

Masakan tidak, petikan piano yang beralun indah menemani vokalnya diterjemahkan penuh buat seseorang yang dicintai.

Ketika detik jam terhenti dan mentari pula menumpahkan sinaran paling cantik. Itulah yang dimaksudkan dengan ‘golden hour’.

Sambil ditemani bunyi kicauan burung dan suara orang ketawa riang turut menjadikan Golden Hour sebagai sebuah karya yang menenangkan, pada awal dan penamat lagu.

JVKE dalam satu temu bual mendedahkan, karya tersebut terinspirasikan daripada pemuzik sekitar awal abad ke-19, Franz Liszt.
Klasik, muzik moden

Maka tidak hairanlah andai bunyi-bunyian dalam album debut JVKE berjudul This Is What ___ Feels Like tersebut mengandungi melodi klasik yang mampu melarutkan jiwa.

Lelaki dengan nama sebenar Jake Lawson itu dianggap sebagai pemuzik genius kerana memiliki kemampuan menghasilkan lagu yang berkualiti.

Meskipun tetap ada kritikan tetapi JVKE tetap mendunia dengan karya tersebut apatah lagi dengan adanya bantuan platform seperti TikTok, menjadikan Golden Hour mudah mendapat perhatian.

Tambahan pula, bentuk bunyinya seperti mengikut paten muzik zaman kini atau senang cerita, muzik media sosial dan kedengaran seperti kombinasi banyak stail muzik yang mudah mencipta populariti.

Sekali dengar, Golden Hour mirip beberapa lagu popular lain tahun ini tetapi bukan dari segi bunyi, melainkan hanya dari segi ‘mood’.

Liriknya mungkin tentang cinta terhadap kekasih atau pasangan, tetapi Golden Hour sebenarnya menyuntik emosi berbeza buat pendengar lain.

Ada yang menjadikannya sebagai lagu pemangkin semangat mendepani kehidupan tatkala berdepan musibah seperti penyakit.

Paling gah tentunya, pemilik vokal lagu ini, JVKE yang berpadu dengan dentingan kord piano beralun menjadi satu yang disebut sebagai Golden Hour. Trofi Grammy dalam tangan! Mungkin?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI