fbpx

Polis rampas mercun, bunga api bernilai RM400,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada mercun dan bunga api yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Tanjung Rambutan, Ipoh semalam. - IHSAN PDRM

IPOH – Polis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM400,000 dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Tanjung Rambutan di sini semalam.

Dua lelaki tempatan berusia 29 dan 30 tahun ditahan dalam serbuan pukul 5.30 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, serbuan dilakukan selepas menerima maklumat mengenai premis itu yang disyaki dijadikan tempat simpanan mercun dan bunga api tanpa permit.

Katanya, dalam serbuan itu, pihaknya menyita sebuah lori dan merampas 715 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api.

“Kedua-dua suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga Isnin depan. Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu Mohd. Yusri meminta orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan menyalahi undang-undang di tempat masing-masing.

“Maklumat itu bukan sahaja membantu pihak polis mengambil tindakan segera dalam membanteras jenayah malah dapat memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI