fbpx

Warga emas maut terhempap parang sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pokok dan parang yang menyebabkan kematian seorang warga emas

MELAKA – Hasrat seorang warga emas untuk menebang pokok nangka di hadapan rumahnya bertukar tragedi selepas dia maut dihempap dahan dan terkena parang digunakannya di Kampung Paya Rumput, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu mangsa, Yap Ah Keo, 64, dikatakan rebah dan meninggal dunia selepas berjalan lima langkah untuk masuk ke rumahnya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden pada pukul 11.15 petang daripada anak lelaki mangsa.

“Setiba di lokasi, pihak polis mendapati seorang lelaki warga emas telah terbaring di hadapan rumah dalam keadaan berlumuran darah.

“Soal siasat ke atas isteri mangsa berusia 66 tahun memaklumkan, semasa suaminya menebang pokok tiba-tiba dahan pokok tersebut menghempap si mati dan warga emas itu terjatuh lalu terkena parang digunakan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, ketinggian pokok itu kira-kira 2.1 meter dan si mati telah menggunakan tangga untuk memanjat bagi memotong dahan pokok.

“Selepas terjatuh si mati masih boleh bangun dan menyedari rusuk sebelah kanannya berdarah akibat terkena parang yang sepanjang 18 sentimeter.

“Dia terus memanggil isterinya dan pergi ke paip air di hadapan rumah untuk cuci luka. Selepas itu si mati berjalan hendak masuk rumah, bagaimanapun selepas lima langkah dia tiba-tiba rebah dan disahkan meninggal dunia,” katanya.

Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun pihaknya telah mengeluarkan Pol 61 bagi mengetahui sebab-sebab kematian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI