fbpx

Perkeso sasar 300,000 orang bekerja sendiri jadi pencarum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
John Riba Marin (tengah), bercakap pada sidang akhbar Ops Pemutihan 2.0, di Menara PERKESO, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyasarkan sekurang-kurangnya 300,000 orang bekerja sendiri (OBS) mendaftar dan mencarum sepanjang pelaksanaan Bulan Pemutihan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) 2.0 sepanjang Oktober ini.

Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Perkeso, John R. Marin berkata, sasaran tersebut bagi dua sektor mandatori atau wajib mendaftar Perkeso iaitu Sektor Pengangkutan Penumpang serta Sektor Pengangkutan dan Penghantaran atau Makanan.

Menurutnya, sehingga 27 September, jumlah keseluruhan OBS mencarum secara aktif dengan SKSPS adalah seramai 559,474 OBS dengan 50 peratus daripadanya adalah dua sektor mandatori tersebut yang seramai 322,371 OBS.

“Bagaimanapun, didapati masih ramai lagi (daripada dua sektor mandatori) gagal mendaftar dan mencarum. Justeru, kita melaksanakan Bulan Pemutihan SKSPS bersempena Sambutan Hari Perkeso ke-51 pada 1 Oktober.

“Ia adalah usaha berterusan Perkeso untuk memastikan lebih ramai OBS tampil mendaftar diri, malah pelaksanaannya kesinambungan kejayaan Bulan Pemutihan dan Ops Kesan Peringkat Kebangsaan pada Mei dan Jun lalu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789), kegagalan OBS dalam dua sektor berkenaan untuk mendaftar dan mencarum SKSPS merupakan satu kesalahan dan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau didenda RM10,000.00 atau kedua-duanya, sekiranya sabit kesalahan.

Katanya, sehubungan itu, Perkeso akan memberi peluang dan tidak akan mengeluarkan Notis Amaran SKSPS kepada golongan OBS dalam dua sektor berkenaan yang tampil mendaftar dan mencarum SKSPS secara sukarela sebelum atau pada 31 Oktober. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI