fbpx

RUU Anti- Stalking terawal dibentang di Parlimen Oktober depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Bacaan kedua bagi Rang Undang- Undang (RUU) Anti Stalking dijangka menjadi antara terawal dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 yang bermula bulan depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata, susulan itu, antara RUU terlibat ialah Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 dan Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2022.

“Sehubungan itu, takwim baharu bagi sesi sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 (2022) bagi Dewan Rakyat adalah pada 3 Oktober hingga 29 November 2022.

“Bagi Dewan Negara pula, ia bermula pada 21 November hingga 7 Disember 2022 iaitu selama 11 hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, perubahan takwim kali ini bagi membolehkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2023 dipercepatkan.

Sebelum ini, RUU Anti Stalking dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Mas Ermiyati di Dewan Rakyat di mana individu didapati bersalah melakukan perbuatan menghendap boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Peruntukan itu termaktub dalam Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 (Akta 574) yang bertujuan menjadikan menghendap sebagai satu kesalahan selain memasukkan seksyen baharu 507A ke dalam Akta 574 untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI