fbpx
Gambar hiasan.

Lagi dua cubaan culik budak sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK – Polis mengesahkan telah menerima dua laporan berhubung dakwaan cubaan culik di daerah ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengesahkan kesahihan kejadian tersebut.

“Kita telah terima laporan daripada ibu bapa serta penjaga murid melibatkan dua sekolah berbeza di daerah Gombak mengenai kejadian terbabit.

“Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak sahih yang boleh menggugat ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga telah mengesan satu surat yang tular daripada Sekolah Kebangsaan Taman Samudra, Batu Caves, semalam.

“Hasil siasatan mendapati surat berkenaan dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah tersebut kepada ibu bapa dan penjaga murid sekolah berkenaan.

“Surat tersebut adalah inisiatif pihak sekolah sebagai peringatan dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” jelasnya.

Ujar beliau, pihak sekolah juga telah mengesahkan tiada sebarang kejadian culik berlaku. – KOSMO! ONLINE

POPULAR