fbpx
GAMBAR HIASAN

Bukan kapitalis, rumah sewa satu keperluan!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Sentimen sesetengah pihak suatu ketika dahulu tentang pembelian hartanah untuk tujuan sewaan sebagai kapitalis, mungkin sudah tidak relevan lagi untuk dilaungkan.

Isu kesukaran pelajar-pelajar universiti di Shah Alam mendapatkan rumah sewa baru-baru ini sudah cukup membuktikan kenyataan di atas hanyalah pandangan mereka yang jumud pemikiran.

Pelabur hartanah yang juga Pensyarah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Dr. Azizul Azli Ahmad menerusi perkongsian di Facebook berkata, rumah sewa kini telah menjadi satu keperluan.

“Bila beli rumah buat sewa, ada yang kata kapitalis, ambil hak orang lain dan macam-macam tuduhan menghina. Ia perlu ada di setiap daerah dan pedalaman.

“Selagi ada sekolah, hospital, pejabat kerajaan permintaan sewa akan ada. Hakikatnya, zaman belajar, mula kerja, mula kahwin, pindah kerja semua itu perlukan rumah untuk disewa,” katanya.

Katanya lagi, pelaburan hartanah untuk sewaan juga menjadi salah satu cara untuk membantu menyelesaikan masalah kehidupan orang lain.

“Tak semua orang mula kahwin mampu beli rumah. Ada modal sikit, himpun duit belilah sebuah rumah dan sewakan. Pedulikan apa orang kata.

“Takkan nak beli rumah banglo untuk buat sewa, bayar RM5000 sebulan, sewakan pada kadar RM500 sahaja? Itu kerja gila.

Tambahnya, hasil sewaan tersebut juga boleh dijadikan sumber pendapatan dan kewangan apabila tiba masa memerlukan.

“Jika anak nak sambung belajar, duit sewa boleh tampung pengajian mereka. Menabunglah dan binalah harta yang baik buat keluarga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR