fbpx

Tiara versi P. Ramlee sohorkan P. Radhi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERTAAN dalam pertandingan Bintang P. Ramlee, 10 tahun lalu menjadi titik tolak buat P. Radhi belajar cara melenggokkan suara agar mirip seniman legenda itu.

TIADA ungkapan paling jujur selain ‘alhamdulillah’ dan ‘terima kasih’ yang terbutir dari bibir pendatang baharu dunia muzik, P. Radhi apabila beroleh lampu hijau merakamkan semula ‘cover’ lagu Tiara yang baru-baru ini tular dalam TikTok.

Menariknya, Tiara dendangan asal kumpulan Kris dinyanyikan semula Radhi dalam versi klasik iaitu versi Seniman Negara Tan Sri P. Ramlee.

“Alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan kepada Luncai Emas Sdn. Bhd yang menerima saya serta memberi peluang untuk ‘cover’ lagu Tiara,” ujar P. Radhi.
P. Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Ab. Rahman, 31, sebelum ini pernah dijulang sebagai juara pada 2016.

“Lagu Tiara ciptaan Datuk M.Nasir memang sudah terbaik dan saya sekadar nyanyikan versi P. Ramlee.

“Kenapa versi P. Ramlee? Sebab saya menjuarai Bintang P. Ramlee Kebangsaan pada 2016.

LAGU Tiara versi P. Ramlee yang tular baru-baru in mempopularkan nama P. Radhi dalam kalangan pengguna TikTok.

“Saya juga sangat meminati Allahyarham dan sejak kecil saya sudah dibiasakan dengan lagu-lagu dan lakonan-lakonan Allahyarham.

Dia juga tidak menyangka, lagu Tiara versi P. Ramlee yang dinyanyikan secara bersahaja dalam TikTok boleh tular dan disenangi ramai.

“Saya tidak sangka versi P. Ramlee yang bermula daripada nyanyian bersahaja di Tik Tok menjadi viral dan mendapat sambutan baik. Ramai juga yang mengatakan rindukan P. Ramlee apabila mendengar dendangan lagu itu.

“Saya terharu dan gembira dapat mengingatkan kembali orang ramai kepada Seniman Agung kita. Terima kasih kepada semua yang menyokong dan mendoakan saya,” katanya.

Menjadi artis baharu bawah label Luncai Emas, P. Radhi juga bakal mengeluarkan beberapa lagi single secara ‘cover’ mahupun ‘original’, termasuk beberapa buah lagu P. Ramlee dengan dendangan dan gaya tersendiri.

Video muzik Tiara yang menjalani pengambaran di Melaka juga telah pun dimuat naik dalam saluran YouTube Luncai Emas. Sehingga kini, MV berkenaan telah mencapai hampir 60 ribu tontonan.

Video muzik tersebut diarahkan oleh Juril Jumali, diinpirasikan daripada filem Penarek Becha.

Tiara juga boleh didengari di semua pelantar strim seperti Spotify, Joox, Apple Music, KKBox, Deezer dan Itunes Store.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI