fbpx

Pendekatan Ten Hag berbeza – Antony

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTONY

MANCHESTER – Bintang baharu Manchester United, Antony mendedahkan pengurus pasukan, Erik ten Hag adalah individu berbeza berbanding apa yang pernah diserlahkan ketika melatih Ajax Amsterdam sebelum ini.

Penyerang dari Brazil itu mengatakan sesi latihan yang dilaksanakan Manchester United jauh lebih berintensiti berbanding apa yang pernah dilakukan Ten Hag bersama Ajax dan merasakan dirinya mengharungi perubahan besar sejak berhijrah ke The Red Devils.

“Latihan cukup berbeza tetapi saya sudah pun bersedia secara mental. Saya tahu betapa tingginya intensiti kerana saya juga sentiasa mengikuti Liga Perdana Inggeris.

“Saya juga tahu betapa sengitnya perlawanan dan saya sudah bersedia untuk berlatih dan mencapai tahap 100 peratus. Pasukan ini memiliki skuad yang hebat dan kami perlu saling mengenali.

“Kami perlu lebih memahami antara satu sama lain untuk melakukan tambah baik. Pada akhirnya semuanya akan menjadi lebih harmoni dan pasti membuahkan hasil,” katanya.

Reaksi Antony ini pastinya menghadirkan rasa gembira buat Ten Hag dan pengurus dari Belanda itu begitu teruja dan merasakan pemain itu tidak akan berdepan masalah untuk menyesuaikan diri.

“Dia sudah pun membuktikan dirinya di Liga Juara-Juara, skuad kebangsaan Brazil dan memenangi pingat emas Sukan Olimpik. Ini adalah permulaan baharu buatnya dan dia sudahpun dapat menyesuaikan diri,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI