fbpx

Majoriti ahli Parti Demokrat enggan Biden bertanding semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekitar 34 peratus pengundi mahu Biden bertanding jawatan presiden pada 2024. – AFP

WASHINGTON – Hanya kira-kira satu pertiga atau 34 peratus ahli Parti Demokrat mahu Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bertanding semula untuk penggal kedua pada 2024, lapor laman berita RT kelmarin.

Berdasarkan tinjauan pendapat oleh saluran berita ABC News/ Washington Post yang diterbitkan semalam, 56 peratus daripada mereka mahu parti itu memilih orang lain sebagai calon Presiden AS.

Ahli Parti Republikan dan parti bebas yang cenderung kepada Republikan sebaliknya memihak kepada mantan presiden, Donald Trump (47 peratus) berbanding calon lain (46 peratus) supaya bertanding semula pada 2024.

Sokongan rakyat AS kepada Biden kekal rendah dengan hanya 39 peratus responden berpuas hati dengan prestasi beliau, manakala 53 peratus lagi tidak bersetuju.

Biden mendapat skor paling teruk dalam aspek ekonomi dengan hanya 36 peratus menyuarakan kelulusan pengendaliannya terhadap isu itu. 

Keputusan tinjauan pendapat itu menjadi petanda buruk bagi Parti Demokrat menjelang pilihan raya Presiden 2024 memandangkan 84 peratus pengundi menganggap ekonomi sebagai isu utama yang mempengaruhi pilihan mereka.

Berdasarkan tinjauan sama, jumlah mereka yang memilih Biden adalah sebanyak 48 peratus berbanding 46 peratus yang menyokong Trump. Angka itu bagaimanapun boleh berubah sebaliknya kaji selidik tersebut hanya melibatkan pengundi berdaftar.

Pada masa sama, 52 peratus responden berpendapat bahawa Trump harus didakwa melakukan kesalahan jenayah berhubung beberapa siasatan persekutuan yang dijalankan terhadap dirinya.

Tinjauan itu mencadangkan pilihan raya pertengahan penggal pada November ini akan memberikan kemenangan tipis kepada Parti Republikan. Ini berdasarkan keputusan tinjauan yang menyaksikan 47 peratus pengundi berdaftar memihak kepada calon Republikan di daerah mereka berbanding 46 peratus memilih wakil Demokrat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI