fbpx
SALAH mendapat pelepasan awal dari pasukan kebangsaan Mesir untuk pulang ke Merseyside lebih awal untuk bersama Liverpool. - AFP

Liverpool dapat suntikan moral, Mo Salah pulang awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAIRO – Keputusan pengendali Mesir, Rui Vitoria untuk melepaskan Mohamed Salah lebih awal daripada kem latihan kebangsaan jelas menghadirkan suntikan moral buat Liverpool bagi mempersiapkan pasukan sebelum menyambung aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Skuad The Reds akan memulakan jadual perlawanan semasa yang padat menjelang Piala Du­nia Qatar 2022, termasuk aksi menentang Arsenal dan Manchester City dalam saingan EPL di samping bertemu Rangers pada aksi Liga Jura-Juara.

“Kakitangan pasukan kebangsaan Mesir akan merehatkan Mohamed Salah dan Mostafa Mohamed untuk aksi persahabatan dengan Liberia selepas kedua-duanya terbabit dalam perlawanan dengan Nigeria,” menurut kenyataan FA Mesir.

Salah telah menjaringkan tiga gol dalam lapan perlawanan secara keseluruhan untuk skuad Klopp musim ini, gagal mencapai tahap tertinggi seperti tahun lepas apabila dia menjaringkan 31 gol dalam semua pertandingan.

Dia juga menandatangani kontrak baharu untuk kekal di Merseyside pada musim panas lalu ketika hangat spekulasi mengenai masa depannya tersebar luas.

Berita ini pastinya menggembirakan buat pengurus The Reds, Jurgen Klopp dan keputusan Mesir itu dianggap tepat untuknya menyiapkan pasukan sebelum menentang Brighton, Sabtu ini.

Liverpool dilihat agak bergelut dengan prestasi pada awal musim ini dan situasi itu dipercayai susulan ramai pemain tengah The Reds yang mengalami kecederaan ketika ini. – AGENSI

POPULAR