fbpx
CANSERI Kedutaan Besar Mesir di Kuala Lumpur. - Foto media sosial

Waspada ejen tawar khidmat visa masuk belajar ke Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA- Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah mengingatkan warga Malaysia agar membuat semakan dengan Kedutaan Besar Mesir di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke negara tersebut.

Menerusi hantaran dalam laman sosial pejabat misi diplomatik itu, ia memaklumkan bahawa pihaknya sedar ada agensi tertentu menawarkan perkhidmatan visa untuk memasuki Mesir.

“Kedutaan Besar Malaysia menyedari terdapat ejen yang berbuat demikian atas tujuan tertentu dan dalam hal ini menasihatkan supaya menyemak visa terlebih dahulu.

“Langkah berwaspada sebegini demi memastikan segala peraturan dan isu prosedur untuk permohonan visa ke Mesir adalah tepat dan teratur khususnya bagi pelajar universiti,” katanya tadi.

Meskipun tidak dinyatakan secara terperinci, hantaran itu dipercayai merujuk kes seorang mahasiswa Malaysia di Universiti Al-Azhar yang ditahan oleh pihak berkuasa Mesir baru-baru ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah bagaimanapun melalui kenyataan rasmi semalam mengesahkan bahawa penuntut tersebut sudah berjaya dibebaskan pada petang Sabtu lalu. – KOSMO! ONLINE

POPULAR