fbpx
KANYE WEST dan Kim Kardashian berkahwin pada 2014 dan bercerai pada 2022.

Kanye West akui menyusahkan hidup Kim Kardashian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENYANYI rap terkenal Kanye West akhirnya mengungkap permohonan maaf kepada bekas isterinya iaitu selebriti sensasi, Kim Kardashian.

West merendahkan ego dan membuat permohonan maaf secara terbuka ketika ditemu bual dalam rancangan Good Morning America baru-baru ini.

Dalam permohonan maaf nya, penyanyi berusia 45 tahun itu mengakui telah menyusahkan hidup bekas isterinya.

“Saya dengan rendah diri ingin memohon maaf kepada bekas isteri kerana telah menyusahkan hidupnya.

“Bagaimanapun, dia (Kardashian) tetap akan menjadi ibu kepada anak-anak saya,” katanya.

Dari sisi lain, West turut mengakui berasa sedih kerana berdepan syarat untuk berjumpa dengan anaknya walaupun bergelar bapa kandung mereka.

“Saya bapa kandung mereka tetapi terbatas untuk berjumpa anak sendiri. Itu membuatkan saya berasa sangat sedih,” katanya.

POPULAR