fbpx

Cairnya tengok Syafi Tee jadi ustaz kacak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFI Tee memegang watak ustaz dalam drama Hidayah Ustaz Viral

SEBELUM ini, nama pelakon baharu Syafi Tee pernah terpalit isu video mesra bersama seorang transeksual dan lama-kelamaan semuanya kembali sepi.

Kini, namanya muncul kembali khususnya dalam aplikasi TikTok selepas drama Hidayah Ustaz Viral lakonannya sebagai seorang ustaz muda tular.

Memang cair jiwa-jiwa wanita di luar sana dibuatnya. Tidak kurang juga yang memuji penampilannya dalam drama tersebut. Katanya sejuk mata memandang dan persis bapanya, Ridhuan Tee.

“Kalau kecemasan cari bomba, mungkin perlukan ustaz pula untuk bimbing saya,” seloroh netizen.

“Alhamdulillah berlakon watak yang sesuai, aura macam bapanya. Moga berterusan lakonkan watak begini,” puji seorang pengguna TikTok.

Selepas ini bolehlah pegang watak ustaz lagi. Boleh juga jadi pelapis Ashraf Muslim yang memang kerap diberi karakter lelaki baik-baik.

DIVA: Ramai sungguh penyanyi Indonesia adakan konsert di sini. Bila artis kita nak adakan konsert di sana pula ya?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI