fbpx

Sukma 2022: Ee Wei akhiri temasya raih dua emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EE WEI (kiri) meraih dua emas pada hari terakhir menerusi acara beregu wanita dan beregu campuran.

PEMAIN badminton Melaka, Toh Ee Wei membawa pulang dua pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 selepas memenangi acara beregu wanita dan beregu campuran dalam perlawanan akhir semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil, Tee Kai Wun-Ee Wei menghadiahkan emas pertama Melaka menerusi beregu campuran apabila menang 21-16, 21-13 ke atas pasangan dari Kelantan, Muhammad Haikal Nazri-Chan Wen Tse.

Kemudian, Ee Wei menambah koleksi emas peribadi apabila gandingannya bersama Yap Ling berjaya menewaskan wakil Kedah, Cheng Su Hui-Cheng Su Yin 21-12, 25-27, 21-16 dalam acara beregu wanita.

“Saya sangat gembira dengan prestasi di Sukma kali ini kerana kami sudah berikan segala-galanya demi negeri tercinta. Karakter saya adalah pejuang, jadi saya sentiasa tampilkan aksi terbaik setiap kali masuk ke gelanggang.

“Dua pingat emas pada penampilan terakhir di pentas Sukma sudah tentu kejayaan yang sangat baik untuk saya. Selain itu, saya juga dapat mempertahankan dua pingat emas yang dimenangi pada edisi terdahulu,” katanya.

Memandangkan Sukma 2022 merupakan penampilan terakhirnya pada temasya sukan tersebut, pemain berusia 22 tahun itu berharap pemain-pemain muda akan meneruskan legasinya pada edisi akan datang.

“Pemain-pemain muda selepas ini perlu ada semangat melawan serta kemahuan yang tinggi. Apabila turun ke gelanggang, perlu ada mentaliti positif serta sedia untuk berjuang,” ujarnya.

Gandingan Wilayah Persekutuan, Tang Wen Xin-Wong Kha Yan pula meraih pingat gangsa menerusi aksi tiga set 21-10, 17-21, 21-16 menewaskan wakil Selangor, R.Kasturi-R.Venosha dari Selangor dalam aksi penentuan tempat ketiga.

Sementara itu, Kai Wun mengikut jejak langkah Ee Wei apabila turut memenangi dua emas selepas menjuarai saingan beregu lelaki bersama gandingannya, Tan Kok Xian selepas menundukkan beregu Johor, Lwi Sheng Hao-Yap Roy King 21-16, 21-17.

Pingat gangsa menjadi milik pasangan Selangor, Muhammad Nuraidil Adha Azman-Muhammad Nurfirdaus Azman yang menewaskan Chia Jeng Hon-Choi Jian Sheng dari Pahang dengan keputusan 21-19, 21-13. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI