fbpx

Saya diaibkan demi kebenaran – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengangkat tangan bersyukur bersama penyokongnya di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam. – SHIDDIEQIIN ZON

SHAH ALAM – “Saya telah diaibkan, saya telah dimalukan, malah saya telah ditelanjangkan dengan pelbagai tanggapan.”

Itu reaksi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang membidas pandangan umum menerusi the court of public opinion (mahkamah awam) yang seolah-olah telah menjatuhkan hukuman terhadapnya terlebih dahulu sebelum Mahkamah Tinggi membuat sebarang keputusan.

Ahmad Zahid, 69, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi di sini semalam yang melepas dan membebaskannya daripada 40 pertuduhan rasuah membuktikan beliau tidak pernah melakukan kesalahan itu.

Menurutnya, keputusan tersebut sekali gus membetulkan kembali tanggapan salah oleh pandangan umum terhadapnya sepanjang perbicaraan kes ra­suah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Ahmad Zahid menemui penyokongnya sejurus selepas dibebaskan atas 40 pertuduhan menerima rasuah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam. FOTO SHIDDIEQIIN ZON

“Tetapi Alhamdulillah hari ini (semalam), Jumaat penghulu segala hari menyaksikan segala-galanya bahawa perundangan ditetapkan demi kebenaran,” katanya ketika ditemui selepas keputusan kes di Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini semalam.

Berita berkaitan: Ahmad Zahid bebas, lepas 40 pertuduhan rasuah VLN 

Terdahulu, Ahmad Zahid dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas 40 pertuduhan ra­suah berhubung VLN.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan berkenaan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap semua pertuduhan di akhir kes pendakwaan itu.

Ahmad Zahid bersyukur selepas dibebaskan atas 40 pertuduhan menerima rasuah di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam. FOTO SHIDDIEQIIN ZON

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, meskipun reda dengan ujian yang diberikan, namun beliau perlu terus istiqamah.

Sejak hari pertama pendakwaan, beliau amat yakin bahawa pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadapnya tidak pernah beliau lakukan.

Beliau juga yakin bahawa pelaksanaan perundangan telah diteliti dan diperincikan oleh mahkamah secara adil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI