fbpx

Mat Kilau tembusi carta ‘Top 5’ filem popular Netflix Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Selepas seminggu filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ditayangkan di platform penstriman digital Netflix bermula 16 September lalu, kini berjaya menduduki carta lima filem popular di Israel.

Perkara itu dibuktikan menerusi laman web, FlixPatrol apabila filem epik tersebut berada pada kedudukan keempat.

Mendahului carta, Do Revenge, diikuti Venom : Let There Be Carnage, dan I Used to Be Famous, manakala di kedudukan kelima adalah filem Limit and Love in the Villa.

Tinjauan Kosmo! di laman web tersebut hari ini juga mendapati, Mat Kilau turut tersenarai dalam 10 filem paling popular di Netflix melibatkan negara Nigeria, Singapura dan Romania.

Sehingga kini, Mat Kilau masih kekal ‘trending’ di Twitter dan menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat filem apabila kejayaannya berjaya menembusi pasaran ‘box office’. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI