fbpx
Dua adik Ichsan yang berusia 2 tahun dan baru lahir. - TikTok

Jarak umur dengan adik 24 tahun, pemuda anggap latihan sebelum bergelar ayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Seorang lelaki di Jakarta Selatan menjadi tular selepas berkongsi kisah mempunyai jarak umur,  masing-masing  24 dan 21 tahun dengan dua adiknya, lapor laman berita Wolipop semalam.

Lelaki bernama Ichsan Sahrul memuat naik video di laman TikTok yang memaparkan adik-beradiknya yang masih kecil dengan jarak paling ketara adalah 21 dan 24 tahun.

Menurut Ichsan yang berusia 24 tahun,  jarak yang terlalu jauh dengan adik-adik membuatkan dia secara automatik seperti menjalani praktikal bagaimana mahu bergelar seorang ayah.

“Ramai yang meninggalkan komen bertanya usia ibu saya sekarang dan ada juga yang meneka bahawa kami lima beradik berlainan ibu.

“Namun bagi saya, video itu hanya satu perkongsian biasa dan tidak berniat apa-apa. Saya sayang semua adik-adik saya dan sering membantu ibu menjaga mereka sebelum keluar bekerja,” jelasnya.

Sehingga kini, video tersebut mendapat tontonan sehingga 1.4 juta dengan ribuan komen pengguna media sosial. – Agensi

POPULAR