fbpx

3 bulan tak sihat, Mawar Rashid hamil anak ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAWAR Rashid kini sedang hamil anak ketiga.

PETALING JAYA – Lama mendiamkan diri, pelakon yang juga usahawan cantik Mawar Rashid rupa-rupanya mengalami alahan teruk sehingga dimasukkan ke hospital sejak hamil anak ketiga.

Menurut Mawar, usia kehamilannya masih dalam trimester pertama dan kesihatan kandungannya juga dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah atas rezeki ini. Doakan semoga urusan kehamilan saya sampailah bersalin nanti dipermudahkan,” katanya ringkas kepada Kosmo! Online.

Terdahulu, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shahputri Wan Abdul Rashid turut berkongsi berita mengenai kehamilannya dalam Instagram.

Mawar turut membuat kejutan buat suaminya yang juga adik kepada cef selebriti Fazley Yaakob iaitu Raf Yaakob tentang kehamilannya itu ketika bercuti di Paris, Jun lalu.

Menerusi video itu, Mawar yang tidak dapat menahan sebak dilihat menyerahkan kit ujian kehamilan kepada suaminya di depan Menara Eiffel.

“Lamanya Mawar tak update (kemas kini) apa-apa hantaran. Mana Mawar menghilang? Tiga bulan Mawar tak sihat sampai terpaksa ke hospital.

“Makan dan minum pun tak boleh masa itu. Sampai terpaksa tolak banyak job (tawaran). Namun dalam kepahitan, ada kemanisannya. Mawar diberitahu ada satu denyutan jantung dalam badan.

“Syukur alhamdulillah. Terima kasih mendoakan yang baik-baik. Mawar doakan juga kepada ibu bapa yang masih menanti untuk mendapat cahaya mata dipermudahkan dan dimakbul Allah SWT,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Terdahulu, Mawar mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 3, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia setahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI